Bacaan CPI Teras Akan Keluarkan USD Daripada Kebuntuan?

Bacaan CPI Teras Akan Keluarkan USD Daripada Kebuntuan?

Saham DOW dan S&P 500 pada sesi pasaran Isnin yang lalu gagal mengikuti perkembangan Komposit Nasdaq berikutan indeks teknologi merekodkan peningk

Data Pasaran Pekerjaan Amerika
EURUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 21/05-25/05/2018

Saham DOW dan S&P 500 pada sesi pasaran Isnin yang lalu gagal mengikuti perkembangan Komposit Nasdaq berikutan indeks teknologi merekodkan peningkatan tertinggi.

Saham Wall Street pada hari Selasa dijangka akan dibuka tinggi didorong oleh perkembangan saham pasaran hadapan (Futures Market) yang menunjukkan peningkatan positif menjelang laporan CPI Teras jam 8.30 malam.

Setakat jam 6.55 petang, Dow 30 Futures telah meningkat 0.26%, S&P 500 Futures pula naik 0.22% dan Nasdaq Futures meningkat 0.11%.

Jabatan Perdagangan AS akan mengeluarkan angka inflasi bagi bulan Februari yang menjadi salah satu indikator utama untuk diperhatikan oleh Federal Reserve sebelum mesyuarat dasar kewangan dijalankan pada 20-21 Mac depan.

CPI teras bulan Februari dijangka bergerak lebih perlahan dengan peningkatan 0.2% berbanding bacaan 0.5% pada bulan Januari.

Harga teras merupakan kayu ukur yang penting buat Fed dalam menentukan tekanan inflasi jangka masa panjang berikutan data tersebut memasukkan harga makanan dan tenaga.

Paras inflasi yang meningkat akan memangkin Fed untuk mengenakan rate hike pada kadar yang lebih cepat.

Walaupun secara teori ianya positif untuk dollar, namun para pelabur masih dalam keadaan berjaga-jaga dengan prospek rate hike AS berikutan ia mungkin tidak dapat menaikkan nilai matawang dengan isu-isu yang menekan sentimen greenback sejak tariff import keluli dan aluminium diperkenalkan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang yang lain kini naik 0.12% kepada 90.00.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: