Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 20/03-24/03/2017

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 20/03-24/03/2017

Aussie merupakan salah satu mata wang yang cemerlang berbanding Dolar AS. Penutupan pasaran Amerika Utara menyaksikan AUDUSD telah membentuk CSP W1 Bu

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 29/05-02/06/2017
USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 12/06-16/06/2017

Aussie merupakan salah satu mata wang yang cemerlang berbanding Dolar AS. Penutupan pasaran Amerika Utara menyaksikan AUDUSD telah membentuk CSP W1 Bullish Engulfing. Kelihatan mood belian Aussie selari dengan harga komoditi logam berharga minggu lalu.

 

AUDUSD bermula lemah hari Isnin. Kenaikan ketara AUSUSD ini bermula apabila FOMC menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 1.00%. Mungkin ramai pelik mengapa FOMC menaikkan kadar faedah, tetapi USD lemah. Ini telah diulas oleh Saudara Firdaus Ali di http://www.ctc.fm/kadar-faedah-fed-dollar-dibunuh-oleh-jerung-dan-abang-besar/.

 

RBA akan menerbitkan Monetary Policy Meeting Minutes pada hari Selasa jam 8.30pagi waktu Malaysia. Minit ini merupakan minit berkala yang akan diterbitkan selang 2 minggu penetapan kadar faedah ataupun RBA Cash Rate. Selain itu tiada data berkala makroekonomi daripada Australia akan diterbitkan.

 

Cuma terdapat 2 data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada AS iaitu Unemployment Claims dan Core Durable Goods Orders m/m. Selain Fed Chair Yellen yang akan berucap Khamis jam 8.30 malam waktu Malaysia minggu hadapan, 5 orang ahli FOMC juga akan berucap pada hari Selasa dan Jumaat. Yellen akan membuat ucapan aluan pembukaan Persidangan Federal Reserve System Cummunity Development Research di Washington. Juga tidak dilupakan Presiden AS, Donald Trump dijadualkan berucap hari Selasa malam di Luisville. Ucapan Trump sering kali memberikan impak kepada pasaran kerana personaliti Trump yang sukar diduga. Sebarang sentimen jualan Dolar AS akan meneruskan momentum belian AUSUSD minggu hadapan.

 

Secara teknikal pula, indikator Stochastic di D1 telah berada dalam paras Overbuy. Semakan Stoch di H4 juga mendapati terdapat tanda-tanda AUDUSD akan melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih rendah. Paras Support terhampir terletak di 0.76755, 0.76525. 0.76235 dan 0.76050. Sekali imbas, AUDUSD telah dapat membuat Breakout satu Trendline pada 15/03/2017. Kebiasaannya selepas membuat Breakout, sesuatu mata wang itu akan cenderung menguji semula ke tempat asal. Kenaikan AUSUSD akan cenderung singgah di paras Resistant di 0.77315 dan 0.77485. Jika diperhalusi lagi menggunakan indikator Awesome Oscillator di H1 ada mendapati pembentukan Divergence.

 

“Usah ditanya di mana rakan sewaktu ditimpa musibah, tanyalah di mana kita sewaktu rakan ditimpa musibah”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: