Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 11/09-15/09/2017

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 11/09-15/09/2017

Ulasan Minggu Lalu Minggu lepas, Aussie meneruskan momentum baik Bullish sejak 4 minggu lalu berbanding Dolar AS. Aussie mengukuh hampir 100pips da

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 11/09-15/09/2017
Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 21-25 November 2016

Ulasan Minggu Lalu

Minggu lepas, Aussie meneruskan momentum baik Bullish sejak 4 minggu lalu berbanding Dolar AS. Aussie mengukuh hampir 100pips daripada harga pembukaan. Walaupun data ekonomi yang diterbitkan daripada Australia agak mengecewakan, pengukuhan Aussie ini banyak dirangsang oleh data berkala ekonomi daripada China yang boleh dikatakan sangat baik daripada jangkaan. OHLC W1 dicatatkan sebagai 0.79560, 0.81241, 0.79390, 0.80503.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 11/09-15/09/2017

Tidak banyak yang dapat diperkatakan dengan Aussie dari segi data terbitan ekonomi minggu hadapan. Cuma terdapat 2 data ekonomi berimpak tinggi minggu hadapan berkaitan pekerjaan akan diterbitkan iaitu Employment Change dan Unemployment Rate yang masing-masing akan diterbitkan jam 9.30pagi waktu Malaysia hari Khamis. Dua data ini melambangkan perkembangan pasaran buruh yang Australia. Selain itu terdapat satu data ekonomi daripada China yang dijangka dapat membuatkan AUDUSD turun naik dengan ketara kelak iaitu Industrial Production y/y dan ianya akan diterbitkan jam 10.00pagi Khamis waktu Malaysia.

 

Jika beralih ke AS, banyak data yang melambangkan perkembangan inflasi semasa AS akan diterbitkan minggu depan. Jika data-data inflasi ini berjaya membawa sentimen positif, sentimen jualan Dolar AS semasa dapat diredakan sedikit dan AUDUSD berpeluang melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih rendah. Data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada AS yang akan diterbitkan adalah PPI m/m, CPI m/m, Core CPI m/m, Unemployment Claims, Core Retail Sales m/m, dan Retail Sales m/m. Hampir keseluruhan data berkala berimpak tinggi berkisar tentang inflasi secara amnya bagi minggu hadapan.

 

Risiko Pasaran

Ketidaktentuan geopolitik yang dicetuskan Korea Utara masih lagi belum reda sepenuhnya dan masih lagi beleh mencetuskan suasana panik dalam pasaran. Selain aset Safe-Heaven, Dolar Australia sebagai mata wang yang dikategorikan sebagai High Carry Trade juga akan menerima tempias positif dalam suasana panik dalam pasaran.

 

Teknikal Ringkas 11/09-15/09/2017

Di D1 AUSUSD masih lagi berada di atas MA8 dan MA21 yang boleh dijadikan rujukan trend. Dengan SBR terdekat di 0.80645, 0.80165 dan 0.81625. Jika AUDUSD melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih rendah, ada kemungkinan ia singgah di RBS 0.80275, 0.79740, dan 0.79210. Harga psikologi AUDUSD bagi jangka masa sederhana panjang adalah di 0.80500 dengan sebarang Breakout di atas tersebut akan memberikan peluang lebih cerah untuk bergerak ke harga lebih tinggi lagi. Dan ketika pasaran ditutup minggu lepas, AUDUSD betul2 berada di kawasan kritikal harga psikologi ini.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: