Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 06/03-10/03/2017

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 06/03-10/03/2017

Setelah 3 minggu Sideway, AUDUSD telah membuat Breakout ke bawah dan menutup pasaran minggu lepas di 0.75939. Harga pentup pasaran New York ini merupa

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan Minggu Hadapan 24/04-28/04/2017
Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 12-16 Disember 2016

Setelah 3 minggu Sideway, AUDUSD telah membuat Breakout ke bawah dan menutup pasaran minggu lepas di 0.75939. Harga pentup pasaran New York ini merupakan terendah sejak sebulan lalu. CS W1 merupakan Bearish CS setelah membentuk CSP Shooting Star dua minggu lalu.

 

Pergerakan harga AUDUSD secara konsisten menyusut dan penyusutan paling ketara adalah pada hari Khamis. AUDUSD seolah-olah mengabaikan data KDNK sukuan ke-4 yang sangat baik daripada Australia dan terus meyusut. Aktiviti pengambilan untung di saat akhir pada hari Jumaat telah membolehkan AUDUSD membuat pembetulan pasaran hinggalah saat-saat akhir pasaran New York. Ucapan Fed Chair Yellen di Chicago yang agak berhati-hati juga salah satu sebab AUDUSD membuat pembetulan pasaran.

 

Minggu hadapan minggu yang agak menarik bagi Aussie. Data jualan runcit yang merupakan data utama penyukat inflasi akan diterbitkan Isnin jam 8.30 pagi waktu Malaysia. Pasaran mengunjurkan perkembangan 0.4% daripada penyusutan 0.1% pada Disember. RBA juga akan membuat keputusan kadar faedah terkininya berserta Penyata RBA jam 11.30 pagi hari Selasa. Pasaran tidak menjangkakan ada perubahan kadar faedah namun harus diperhalusi nada yang dibawa penyata RBA itu nanti.

 

Bagi peminat Aussie, data daripada China juga mesti diperhatikan. China akan menerbitkan data lebihan dagangan pada hari Rabu pada masa yang masih belum ditetapkan. China juga akan mengeluarkan data CPI y/y jam 9.30 pagi hari Khamis. Pakar ekonomi menjangkakan CPI hanya berkembang sebanyak 1.9% berbanding 2.5% data terbitan sebelumnya. Sebarang data yang lebih baik dari China akan merangsang belian Dolar Aussie kerana China merupakan rakan dagang terbesar Australia.

 

Melihat data berkala makroekonomi daripada AS, minggu hadapan merupakan minggu NFP. Data High Impact akan dimulakan dengan ADP Non-Farm Employment Change pada hari rabu 9.15 malam waktu Malaysia. Unemployment Claims pula akan diterbitkan Khamis jam 9.30 malam. Hari Jumaat merupakan hari yang ditunggu buat peminat Dolar AS kerana set data NFP akan diterbitkan jam 9.30 malam. Average Hourly Earning m/m diunjurkan berkembang 0.3% daripada 0.1%. Unemployment Rate pula dijangkakan berada pada 4.7% iaitu penyusutan 0.1% daripada bulan sebelumnya. Sebanyak 185K pertambahan pekerjaan bukan pertanian diunjurkan diterbitkan pada bulan Febuari berbanding 227K pada bulan Januari. AUDUSD akan berada dalam tekanan jualan jika data daripada AS baik daripada jangkaan

 

Dari aspek teknikal pula, indikator Stochastic (5,3,3) di D1 sudah berada dalam zon Oversold dan sudah mula mengarah ke atas. Ini berkemungkinan besar menunjukkan minggu hadapan AUDUSD akan naik dahulu menguji paras RBS di 0.76235 dan 0.76525 di awal minggu. Paras Resistant seterusnya terletak di 0.77080 dan 0.77335. Harga Support pula di 0.75575 0.75245, dan 0.74925.

 

“Niat yang baik, usaha yang ikhlas, mendatangkan hasil yang suci”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: