Aussie Mula Bertukar Bearish?

Aussie Mula Bertukar Bearish?

Pada mesyuarat RBA 2 minggu lepas, mereka telah sekali lagi mengekalkan kadar faedah mereka tidak berubah dan Aussie berterusan dijual sejak daripada

Ringkasan Minit Mesyuarat RBA & Syarat Visa Pekerja Diperketatkan
AUD Melonjak Pasca Terbitan Minit Mesyuarat RBA

Pada mesyuarat RBA 2 minggu lepas, mereka telah sekali lagi mengekalkan kadar faedah mereka tidak berubah dan Aussie berterusan dijual sejak daripada itu sehinggalah ke hari ini. Setelah minit mesyuarat RBA diterbitkan pada pagi tadi, Aussie kelihatan sedikit melonjak sebelum kembali jatuh menjelang sesi pertengahan dagangan Asia.

Tiada apa yang baharu di dalam minit mesyuarat kali ini berbanding yang sebelumnya, hampir kesemua elemen penting di dalamnya telah saya ulas di dalam tulisan artikel sebelum ini : http://www.ctc.fm/pasca-rba-kenaikan-aud-yang-membimbangkan/

Aussie juga gagal untuk menfaatkan kelemahan AS Dollar pada minggu lepas untuk memperbaiki kedudukan mereka. Dollar kemudiannya beransur sedikit pulih, apabila ‘risk-on’¬†kembali berada di atas ‘meja makan’.

Data yang kurang baik dari rakan perdagangan dua hala Australia iaitu China juga antara penyumbang kepada pelemahan Aussie pada ketika ini. Semalam data pengeluaran industri China merudum ke paras 6.4% berbanding 7.6% pada bulan lepas.

Trump sedang bersedia untuk memerintahkan Wakil Perdagangannya AS Robert Lighthizer untuk melancarkan penyiasatan di bawah seksyen 301 Akta Perdagangan 1974. Penyiasatan itu membuka jalan bagi mereka untuk mengambil tindakan balas yang agresif terhadap China, seperti mengenakan tarif ke atas import China atau lesen untuk syarikat China yang ingin melakukan perniagaan di AS.

Pada malam nanti, jualan runcit AS pula akan mengambil tempat. Sebarang data yang baik, akan memberi sedikit kekuatan pada Dollar untuk tempoh jangka masa pendek sekaligus bakal mengheret pasangan AU untuk jatuh lebih jauh.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: