AUD/USD Memanjangkan Penguduran Selepas Data Keyakinan NAB

AUD/USD Memanjangkan Penguduran Selepas Data Keyakinan NAB

Aussie yang lemah, memanjangkan pengundurannya selepas dikeluarkan data tinjuan keyakinan perniagaan Bank Nasional Australia (NAB). Bacaan indeks

PMI Perkhidmatan UK Rekod Peningkatan Tertinggi Sejak
Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 09-13 Januari 2017

Aussie yang lemah, memanjangkan pengundurannya selepas dikeluarkan data tinjuan keyakinan perniagaan Bank Nasional Australia (NAB).

Bacaan indeks keyakinan pada bulan Jun susut kepada 2 mata seperti yang dijangkakan, lebih rendah berbanding angka 7 mata yang dikeluarkan pada bulan mei yang lalu.

RBA telah menurunkan sebanyak 25 mata asas kadar faedah kepada paras terendah baru 1.25% pada bulan Jun lalu.

Keputusan tersebut walau bagaimanapun gagal membangkitkan keyakinan para peniaga seperti yang dapat menerusi data NAB di atas.

Keadaan semasa perniagaan masih berkembang stabil dengan indeks tinjauan perniagaan NBA naik daripada 1 kepada 3 mata pada bulan lepas, namun gagal menjadi penarik kepada AUD.

Tambahan pula, penurunan berterusan pasangan matawang AUD/USD juga dilihat berpunca daripada dollar yang masih berjaya mengekalkan kekuatannya di paras tertinggi dua minggu lalu berbanding matawang-matawang lain.

Permintaan dollar melonjak dengan sokongan laporan NFP terkini yang lebih baik yang mana telah menurunkan jangkaan pemotongan kadar faedah yang lebih agresif oleh Fed.

Sehingga jam 2.35 petang, AUD/USD didagang sekitar 0.6953, susut -0.25% dan melepasi paras terendah minggu yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: