AS Tembak Drone Iran, Ketegangan Di Timur Tengah Tingkatkan Permintaan Safe Haven Emas

AS Tembak Drone Iran, Ketegangan Di Timur Tengah Tingkatkan Permintaan Safe Haven Emas

Harga emas meningkat tinggi pada hari Jumaat, didorong oleh ketegangan yang berlaku di Timur Tengah dan jangkaan pelonggaran dasar Fed yang lebih agr

Pasaran Minyak Susut Hampir 6%, Catat Kerugian Harian Terbesar Pada Tahun Ini, Apakah Faktor Yang Mendorongnya?
Kemelesatan GDP Q3 Australia Membenam AUD/USD Jatuh Ke Bawah Paras $0.73

Harga emas meningkat tinggi pada hari Jumaat, didorong oleh ketegangan yang berlaku di Timur Tengah dan jangkaan pelonggaran dasar Fed yang lebih agresif.

Kontrak Emas bagi bulan Ogos di Comex NYMEX naik 0.77% atau $10.95 kepada $1,438.95 per auns setakat jam 7 petang.

Permintaan terhadap logam safe haven emas melonjak selepas terdapat berita yang melaporkan tembakan drone milik Iran di Selat Hormuz oleh tentera AS.

Trump ketika mengulas hal tersebut menjelaskan bahawa tindakan yang diambil adalah atas alasan mempertahankan diri.

Jurucakap Pentagon Jonathan Hoffman berkata drone tersebut tidak diketahui adakah bersejenta atau sebaliknya, namun terpaksa ditembak kerana kedudukan berhampiran “zon ancaman”.

Spekulasi pemotongan kadar faedah Fed yang lebih agresif turut mendorong peningkatan harga emas menjelang penutupan pasaran minggu ini.

Presiden Fed NY John Williams semalam berkata bank pusat perlu bertindak ‘pantas’ bagi membantu ekonomi, kerana “langkah pencegahan lebih baik daripada menunggu sehingga berlakunya bencana”.

Kenyataan beliau mengisyaratkan Fed akan bertindak lebih agresif dalam melonggarkan dasar walaupun pihak Fed NY kemudiannya menjelaskan bahawa komen William bukanlah menunjukkan langkah yang akan diambil bank pusat pada mesyuarat 31 Julai hadapan.

Prospek kadar faedah yang lebih rendah kebiasaannya memberi manfaat kepada permintaan emas kerana kos lepas yang lebih rendah untuk memilikinya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: