Arab Saudi Telah Memotong Pengeluaran Minyak Mereka Lebih Daripada Apa Yang Dijanjikan

Arab Saudi Telah Memotong Pengeluaran Minyak Mereka Lebih Daripada Apa Yang Dijanjikan

Berdasarkan laporan Reuters, OPEC menjelaskan bahawa Arab Saudi sebagai pengeksport minyak terbesar didunia telah memotong output minyak mereka seban

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 11/09-15/09/2017
Pendakian 4 Hari Berturut-turut EUR/USD Lepasi Harga $1.1500

Berdasarkan laporan Reuters, OPEC menjelaskan bahawa Arab Saudi sebagai pengeksport minyak terbesar didunia telah memotong output minyak mereka sebanyak 400,000 tong sehari (bdp) pada bulan Januari.

Tindakan tersebut dilakukan sebagai salah satu usaha dan janji yang telah disepakati bersama OPEC dan Rusia bagi mengekang isu lebihan bekalan.

Riyadh telah melaporkan kepada OPEC bahawa sebanyak 10.24 juta bdp minyak telah dikeluarkan pada bulan lepas, kurang daripada 10.643 juta bdp yang direkodkan di bulan Disember.

Angka ini sekali gus menunjukkan Arab Saudi telah memotong lebih 70,000 pengeluaran tong minyak daripada apa yang telah dijanjikan.

OPEC dan Rusia pada bulan Disember yang lalu telah berjanji akan mengurangkan sejumlah 1.2 juta tong minyak sehari bermula 1 Januari 2019.

Di dalam perjanjian tersebut telah menetapkan bahawa Arab Saudi akanmengurangkan sehingga 10.311 juta bdp.

Namun menteri tenaga Saudi, Khalid al-Falih berkata mereka telah mengurangkan lebih daripada yang dijanjikan bagi menunjukkan kesungguhan mereka dalam usaha menangani isu lebihan bekalan global ini.

Falid pada bulan yang lepas mengatakan bahawa Arab Saudi akan mengeksport sebanyak 7.1 juta bdp pada bulan Februari, jatuh daripada bacaan 7.2 juta bdp yang direkodkan dibulan Januari.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: