Apakah Masih Ada Alasan Untuk Menjual USD?

Apakah Masih Ada Alasan Untuk Menjual USD?

Hari ini akan diumumkan dua keputusan dasar kewangan (BoE dan ECB) serta laporan inflasi pengguna daripada AS. Hal ini bermaksud kita bukan sahaja

Preview News Penting Untuk EUR/USD: 26/10/2017
Adakah GBP/USD Telah Bertukar Bearish?

Hari ini akan diumumkan dua keputusan dasar kewangan (BoE dan ECB) serta laporan inflasi pengguna daripada AS.

Hal ini bermaksud kita bukan sahaja akan lihat bagaimana kesungguhan Bank Pusat Eropah untuk mengetatkan dasar mereka, malah kita juga akan lihat tekanan yang sedang dihadapi oleh Fed untuk mereka terus menaikkan kadar faedah.

Dollar didagang rendah berbanding kesemua matawang lain pada hari Rabu yang lepas, didorong oleh kejatuhan indeks PPI yang mengejutkan pasaran.

Harga pengeluar telah menyusut buat pertama kali dalam tempoh 18 bulan, disokong oleh kestabilan harga minyak dan pengukuhan dollar pada bulan Ogos yang lalu.

CPI juga turut terdedah dengan risiko untuk menurun akibat daripada harga gas yang stabil tanpa perubahan pada bulan lepas.

Menurut Beige Book yang dikeluarkan Fed semalam, beberapa cawangan Fed melaporan peningkatan tekanan inflasi.

Namun begitu, dollar tidak memberi reaksi yang baik terhadap laporan tersebut kerana walaupun harga naik disebahagian tempat dan ekonomi turut berkembang pada kadar yang sederhana, kebanyakkan wakil bank pusat yang lain menyuarakan kebimbangan terhadap isu perdagangan.

Mereka juga tidak melihat sebarang perubahan yang signifikan pada pertumbuhan gaji walaupun pasaran buruh mengukuh.

Tiada sebarang kenyataan yang dapat mengubah jangkaan Fed untuk menaikkan kadar pada akhir bulan ini, terutamanya apabila kos input meningkat.

Akan tetapi sekiranya indeks CPI jatuh daripada apa yang diramalkan, perkara ini dapat dijadikan alasan oleh pelabur untuk terus menjual dollar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: