Apa Sudah Jadi Dengan USD?

Apa Sudah Jadi Dengan USD?

Data NFP Amerika Syarikat bagi bulan Jun yang dilaporkan pada jam 8.30 malam tadi menunjukkan penambahan 213,000 pekerjaan ke dalam ekonomi, melebihi

Harga Minyak Dunia Jatuh : Harga Baharu Petrol & Diesel Malaysia Bermula Tengah Malam Ini
Data Keyakinan Pengguna Bakal Menentukan Pergerakan USD

Data NFP Amerika Syarikat bagi bulan Jun yang dilaporkan pada jam 8.30 malam tadi menunjukkan penambahan 213,000 pekerjaan ke dalam ekonomi, melebihi ramalan yang menjangkakan peningkatan 195,000 pekerjaan. Selain itu, data Mei yang dikaji semula turut meningkat kepada 244,000.

Namun, data positif ini serta merta ditutup dengan kelemahan dua data yang lain. Pertama, kadar purata pendapatan perjam meningkat lebih rendah berbanding jangkaan, iaitu 0.2% (MoM) dan 2.7% (YoY).

Kedua, kadar pengangguran bulan Jun naik kepada 4.0% didorong oleh peningkatan 0.2% kadar mereka yang mencari pekerjaan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain jatuh mendadak ke paras 93.71, susut 0.45% atau 42 mata asas.

Berikut adalah perubahan USD berbanding matawang utama dunia yang lain setakat jam 9.40 malam.

Tanpa sebarang terbitan data makro yang baru, USD dilihat masih terdedah dengan risiko untuk kekal dengan momentum bearish sehingga penutupan pasaran minggu ini.

Hal ini didorong oleh kebimbangan pasaran yang memuncak terhadap isu penguat kuasaan tariff AS-China pada hari ini, sekali gus melemahkan ‘risk appetite’ pelabur sehingga menyebabkan saham Wall Street dibuka pada zon negatif.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: