Apa Jangkaan NFP Pada Malam Nanti?

Apa Jangkaan NFP Pada Malam Nanti?

Jika dilihat secara keseluruhan terbitan data ekonomi AS pada bulan lalu, ianya boleh dikatakan agak seimbang dan beberapa 'key' data tersebut menjad

Preview Pra NFP, Buy USD?
Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 29/05-02/06/2017

Jika dilihat secara keseluruhan terbitan data ekonomi AS pada bulan lalu, ianya boleh dikatakan agak seimbang dan beberapa ‘key’ data tersebut menjadi panduan penulisan artikel pada kali ini.

Sektor pekerjaan AS menjadi lembab pada bulan Februari akibat daripada cuaca buruk yang melanda beberapa kawasan di negara itu. Sekaligus menjejaskan sektor pekerjaan dengan teruk apabila hanya merekodkan 20,000 perkerjaan ditambah ke dalam pasaran. Namun kemerosotan itu nampaknya telah berjaya dipulihkan apabila data tuntutan pengangguran yang diterbitkan selepas itu memberi petunjuk yang positif.

Walaubagaimanapun, laporan data ADP pada Rabu lalu telah memberikan gambaran sebaliknya apabila hanya menambah sebanyak 129,000 pekerjaan berbanding jangkaan sejumlah 170,000 berbanding bulan sebelumnya sebanyak 197,000. Nampaknya, walaupun dengan tuntutan pengangguran yang berkurangan, pertambahan pekerjaan juga semakin merosot.

Laporan Jualan Runcit yang merudum memberi isyarat bahawa mungkin hakikatnya pemulihan sektor pekerjaan AS masih belum pulih sepenuhnya. Atau sebaliknya mungkin ianya adalah sebagai indikasi bahawa sektor pekerjaan di AS sudahpun tepu. Jika kedua-dua kemungkinan ini tepat, laporan NFP pada malam nanti mungkin akan turut sama terjejas.

Data Purata Pendapatan yang akan diterbitkan pada waktu yang sama dengan NFP pada malam ini akan turut menjadi tumpuan. Kadar 3.4% yang berjaya mengatasi jangkaan pada bulan lalu adalah yang terbaik dalam tempoh 10 tahun sejak 2009. Kebarangkalian untuk kadar ini meningkat adalah terhad, namun jika berlakunya kajatuhan, ianya seakan-akan mengiakan yang sektor pekerjaan benar-benar belum pulih.

Melihat segala di atas secara menyeluruh penulis lebih cenderung untuk mengatakan angka NFP pada malam nanti mungkin tidak dapat mengatasi jangkaan yang telah diletakkan dan sekaligus bakal menekan USD ke bawah. Namun apa-apa pun boleh terjadi, jadi rancanglah dagangan anda dengan bijak!

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: