Analisa Teknikal USDJPY :- 7 DISEMBER 2017

Saya melihat USDJPY telah pun selesai membuat kenaikan bagi sesi retracement / pullback setelah mencapai level fibo 4.236 complete cycle berdasark

ANALISA TEKNIKAL NZDUSD D1
ANALISA TEKNIKAL GBPUSD H4 3/10/2017

Saya melihat USDJPY telah pun selesai membuat kenaikan bagi sesi retracement / pullback setelah mencapai level fibo 4.236 complete cycle berdasarkan kepada penarikan fibonacci di Dominan Break. Pembentukkan ‘bearish engulfing’ atau ‘initial break'(kotak hijau) memberitahu ia adalah petanda awal market untuk berubah trend disusuli CB1 (garis hitam) dipecahkan oleh sebatang candlestick bearish.

Garisan entry 1, entry 2 dan entry 3 merupakan zon pullback jika harga kembali untuk menguji ‘point B’ dalam ABC pattern. Ia sentiasa menjadi tempat untuk menunggu entry bagi sell limit order.

Mengapa saya memfokuskan jualan bagi USDJPY? Lihat kepada garisan CB2 yang menjadi element penting dalam FMCBR kerana apabila berlaku CB2 break ia memberitahu bahawa market akan berubah secara hakiki daripada uptrend kepada downtrend. Setelah penarikan fibo dibuat, kita lihat mendapati bahawa terdapat 1 candle yang close di bawah level ext TP1 yang bermaksud harga akan mencari TP2 setelah selesai melakukan pullback. Pullback telah pun selesai.

Fokuskan jualan bagi USDJPY sekitar 112.52 – 112.70 atau mana yang lebih tinggi dengan stoploss 113.200 dengan sasaran take profit 109.848 atau harga pilihan traders.

Wallahuaklam and TAYOR.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: