Analisa Teknikal GOLD 20 Mac 2017

Analisa Teknikal GOLD 20 Mac 2017

Gold telah melengkapkan kitaran jatuhannya setelah mencapai level fibo 423.6 pada paras 1197.53 dan membuat reversal Bullish Engulfing. Kewujudan

DXY UPDATE !!
ANALISA TEKNIKAL GBPUSD D1 1/8/2017

Gold telah melengkapkan kitaran jatuhannya setelah mencapai level fibo 423.6 pada paras 1197.53 dan membuat reversal Bullish Engulfing. Kewujudan Initial Break dan CB1 break di H4 telah memberi petunjuk arah kenaikkan harga GOLD. Fibonacci melihat GOLD mampu untuk mencapai harga tertinggi sekurang-kurangnya ke paras 1246.57 iaitu Level fibo 423.6 setelah terdapat candlestick H4 mampu close di atas Level EXt Take Profit 2. Walaupun kewujudan Bearish engulfing (tanda anak panah) di situ merupakan petanda awal reversal akan berlaku daripada uptrend kepada downtrend namun ianya bukanlah confirmation market mengubah haluan secara hakiki.

Jika kita lihat kepada H1, kewujudan Dominan Break hanya membuatkan GOLD berada di dalam ‘sideway’ / mendatar dan masih belum ada candle H1 mampu close di bawah CB1 / support yang terdekat. Dengan kata lain, pintu untuk kejatuhan GOLD masih belum dibuka. AO memberitahu bahawa momentum untuk kenaikkan telah pun berkurang kerana ia bersifat pullback dan dijangka akan berlaku ZLR (zero line rejection) untuk menguji CB1 / support yang terdekat.

FMCBR memfokuskan belian dalam dagangan sekitar 1223.90 -1226.10 dengan stoploss 1217.80
Take Profit 1246.57

Wallahualam and TAYOR…

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: