Alibaba Mendominasi Industri Perniagaan Online, Jualan Singles’ Day Bakal Mencatat Rekod Yang Baru

Alibaba Mendominasi Industri Perniagaan Online, Jualan Singles’ Day Bakal Mencatat Rekod Yang Baru

Syarikat e-dagang gergasi Alibaba Group Holding Inc pada hari Isnin berkata jualan tahunan 'Singles' Day pada sejam pertama telah mencecah 91. 2 bill

Mengapa Perlu Beli Emas Sekarang?
Pound: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 24-28 Oktober 2016

Syarikat e-dagang gergasi Alibaba Group Holding Inc pada hari Isnin berkata jualan tahunan ‘Singles’ Day pada sejam pertama telah mencecah 91. 2 billion yuan ($13 billion USD), melonjak lebih 32% berbanding rekod tahun lalu.

Sebagaimana jualan Black Friday dan Cyber Monday di AS,  Singles’ Day telah dipromosikan sebagai tarikh festival membeli-belah oleh Pengerusi dan Ketua Eksekutif Alibaba Daniel Zhang sejak tahun 2009 sehingga menjadi acara membeli-belah di dalam talian yang terbesar di dunia.

Singles’ Day juga dikenali dengan nama ‘Double Eleven’ bersempena tarikh 11/11 dan empat digit angka satu.

Pada tahun yang lalu, Alibaba berjaya mencatat  jualan Singles’ Day bernilai $30 billion USD di   platform mereka, mengatasi $7. 9 billion jualan bagi Cyber Monday di AS.

Walau bagaimanapun, peningkatan jualan sebanyak 27% adalah rekod yang paling rendah pernah dicatat dalam acara yang telah berlangsung sejak 10 tahun yang lalu, sekali gus memaksa Alibaba untuk mula mencari idea-idea yang baru.

Akan tetapi, Alibaba masih berjaya mendominasi industri perniagaan online walaupun berhadapan dengan peningkatan jumlah persaingan.

Selain daripada saingan lama JD.com, Alibaba kini berhadapan dengan persaingan yang baru daripada Pinduodua yang semakin terkenal pada tahun 2017 dengan mensasarkan para pengguna di pinggir bandar China.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: