Adakah Ini Peluang Keemasan Untuk ‘Short’ USD/CAD?

Adakah Ini Peluang Keemasan Untuk ‘Short’ USD/CAD?

Dollar Kanada atau loonie juga tidak melepaskan peluang dengan kelemahan USD yang semakin teruk ditekan selepas Presiden Trump menyuarakan kesediaan b

Adakah CAD Akan Mengikuti Peningkatan Harga Minyak WTI?
Pasaran Eropah Bermula Tinggi Kesan Rekod Baru Di Asia

Dollar Kanada atau loonie juga tidak melepaskan peluang dengan kelemahan USD yang semakin teruk ditekan selepas Presiden Trump menyuarakan kesediaan beliau untuk memulakan rundingan bersama Kanada.

Kenyataan Trump telah menyebabkan Menteri Luar Negeri Kanada Chrystia Freeland membatalkan lawatan ke Eropah dan menempah tiket untuk ke Washington pada hari ini.

Walaupun Kanada pada rundingan yang lalu berkata bahawa mereka hanya akan menerima tawaran yang dapat memberi kebaikan untuk negara, namun mereka tetap berhasrat dapat menyelesaikan isu hubungan perdagangan dua hala bersama Amerika dengan segara berikutan Presiden Trump menegaskan bahawa beliau bersedia untuk membatalkan perjanjian NAFTA.

Sekiranya perjanjian awal dapat dibentuk pada pertemuan kali ini, kesemua matawang utama yang lain dijangka akan terus mengukuh manakala dollar AS pula akan menyusut ke paras yang lebih rendah.

Selain itu, kejayaan ini turut memberi harapan baru kepada pelabur untuk melihat konflik hubungan perdagangan antara China dan AS dapat diselesaikan pada tempoh masa yang terdekat.

Walau bagaimanapun, jika tiada kesepakatan di capai atau tiada perkembangan yang positif pada minggu ini, ditambah pula jika Trump terus mengancam Kanada dengan tariff automotif, keadaan ini bukan sahaja akan menyebabkan kejatuhan mendadak loonie (CAD) malah akan turut menarik jatuh matawang utama yang lain dan kembali kepada greenback.

Secara teknikal, bearish masih menguasai pasaran dan USD/CAD dilihat mampu untuk bergerak ke paras $1.2900

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: