Abe: Korea Utara mungkin mampu memuatkan Sarin di peluru berpandu

Abe: Korea Utara mungkin mampu memuatkan Sarin di peluru berpandu

Sepanjang minggu ini sehingga ulasan pasaran ini ditulis, pasaran masih dalam mood Risk-Off­  berikutan ketegangan Geopolitik di Syria dan Korea Utara

Emas Bullish Walaupun 6 Juta Ounce Dijual Pada Jumaat Lalu
Kilauan Emas Semakin Hilang Daripada Penglihatan Traders

Sepanjang minggu ini sehingga ulasan pasaran ini ditulis, pasaran masih dalam mood Risk-Off­  berikutan ketegangan Geopolitik di Syria dan Korea Utara. Bermula Isnin sehinggalah ketika artikel ini ditulis, minat belian kaunter Emas dan Yen terus meningkat. Ini telah diterjemahkan pada harga XAUUSD telah dibuka pada niaga 1253.54 dan kini berada pada paras 1284.75.

 

Sehingga kini menurut laman sesawang http://money.cnn.com/data/fear-and-greed/ pasaran masih berada mood RIsk-Off. Ulasan ketegangan geopolitik ini telah diulas oleh Saudara Firdaus Ali yang boleh didapati di http://www.ctc.fm/ketegangan-geopolitik-mukadimah-perang-dunia-ke-3-emas-dan-yen-jadi-tumpuan/.

 

Awal pagi Khamis semasa ditanya berkenaan tahap persediaan Jepun bagi berhadapan dengan ketegangan yang semakin memuncak, Abe memberi amaran yang Korea Utara mungkin mampu memuatkan Sarin di peluru berpandunya. Sarin merupakan sebatian kimia yang boleh dijadikan senjata kimia. Abe menjawab sedemikian ketika diajukan soalan di Parlimentary Panel on National Secirity and Diplpmacy. Untuk pengetahuan umum, Jepun yang merupakan Sekutu Kuat AS di Asia Pasifik.

 

Kempen pilihanraya Presiden Perancis yang sedang berlangsung sekarang juga dipercayai menambah momentum belian aset Safe Heaven. Setiap kali La Pen mendahului tinjauan, Yen dan Emas akan berada dalam mood belian.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: