3 Faktor Menyokong Peningkatan Harga Minyak Mentah

3 Faktor Menyokong Peningkatan Harga Minyak Mentah

Pasaran hadapan WTI bagi bulan Disember di NYMEX pada hari Isnin yang lalu naik 3.1% kepada $57.35 per barel, manakala minyak Brent di London Intercon

Harga Komoditi Hitam VS Import Minyak China
Harga Minyak Mentah Stabil Di Paras Tertinggi Mingguan

Pasaran hadapan WTI bagi bulan Disember di NYMEX pada hari Isnin yang lalu naik 3.1% kepada $57.35 per barel, manakala minyak Brent di London Intercontinental Exchange (ICE) melonjak 3.3% kepada $64.11 per barel.

Harga masih kekal di paras yang tinggi menjelang laporan bekalan minyak mingguan oleh American Petroleum Institute (API) malam ini.

Berikut adalah faktor yang menyokong kenaikan harga ketika ini:

  • Ketidakstabilan politik yang dicetuskan oleh Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman selepas beliau menjalankan siri gerakan anti rasuah yang berhasil menangkap beberapa pegawai tinggi Arab Saudi dari kalangan menteri dan ahli peniagaan.
  • Kemungkinan perjanjian had pengeluaran minyak akan dilanjutkan melebihi bulan Mac 2018 dengan Menteri Tenaga Saudi, Khalid al-falih menjelaskan kepentingan untuk pemotongan pengeluaran ini diteruskan.
  • Laporan pengeluaran minyak US oleh Baker Hughes pada Jumaat lalu menunjukkan operasi penggalian minyak US jatuh sebanyak 8 unit kepada 729.

Kesimpulan

Kesemua faktor diatas dijangka akan membantu mengurangkan lebihan bekalan minyak global, sekali gus menstabilkan pasaran dan menolak harga naik lebih tinggi.

Pertemuan antara OPEC dan non-OPEC yang terlibat dalam perjanjian pemotongan akan berlangsung pada 30 November. Sebarang keputusan dalam mesyuarat tersebut akan menjadi titik tolak baru kepada hala tuju pasaran minyak.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: