2 Laporan Meransang Pemulihan ‘Risk Appetite’ Pelabur Pada Hari Jumaat

2 Laporan Meransang Pemulihan ‘Risk Appetite’ Pelabur Pada Hari Jumaat

Pemulihan keinginan risiko para pelabur pada hari ini telah meningkatkan kembali permintaan aset-aset berisiko dengan pasaran saham didagang positif

Amaran IMF, ‘No-Deal’ Brexit Akan Kurangkan 6 Peratus GDP UK
Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 31/05/2018

Pemulihan keinginan risiko para pelabur pada hari ini telah meningkatkan kembali permintaan aset-aset berisiko dengan pasaran saham didagang positif sementara bursa saham Wall Street dijangka akan dibuka lebih tinggi.

Presiden AS Donald Trump optimis dengan perkembangan sesi pertama rundingan perdagangan peringkat tertinggi pada hari Khamis yang lalu, meningkatkan harapan untuk kedua-dua negara mendapatkan sebahagian perjanjian atau menghentikan sementara waktu konflik antara mereka.

Trump dijadualkan bertemu dengan perunding utama China Liue He pada hari ini dan sebahagian penganalisis melihat pertemuan ini hanya akan berlansung jika rundingan sesi kedua berakhir dengan perjanjian yang boleh dipertimbangkan.

Wall Street Journal melaporkan bahawa sebahagian asas yang boleh dibentuk sebagai syarat perjanjian termasuklah menangguhkan rancangan penambahan tarif AS, menenangkan AS daripada isu boikot ke atas Huawei dan pembelian produk pertanian AS yang lebih banyak oleh China.

Selain harapan positif terhadap isu perdagangan, saham Eropah dan UK juga melonjak pada hari ini apabila potensi UK mendapatkan satu perjanjian sebelum keluar daripada EU pada 31 Oktober hadapan semakin meningkat.

Perbincangan antara Boris Johnson dan PM Irish Leo Varadkar pada hari Khamis membuahkan hasil yang positif yang digelar sebagai ‘laluan bagi perjanjian’ oleh Presiden EU Donald Tusk dalam kenyataan rasminya pada hari ini.

Namun begitu, Tusk tetap memberi amaran bahawa tiada jaminan ianya akan berjaya dan masa akhir bagi peralihan semakin suntuk.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: