1.2800 Harga Yang Perlu Dipertahankan Oleh ‘Buyer’ GBP/USD

1.2800 Harga Yang Perlu Dipertahankan Oleh ‘Buyer’ GBP/USD

GBP/USD masih didagang sekitar paras teknikal 1.2800 selepas pada hari Isnin yang lalu memperlihatkan lonjakan GU ke paras 1.2850 sebelum berundur dan

Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 17/08/2018
Mampukah Pasaran Emas Keluar Daripada Zon Terendah Tahunan?

GBP/USD masih didagang sekitar paras teknikal 1.2800 selepas pada hari Isnin yang lalu memperlihatkan lonjakan GU ke paras 1.2850 sebelum berundur dan tutup di paras 1.2790 pada sesi NY yang lalu.

Pasaran dalam keadaan berhati-hati menunju sesi dagangan London hari Selasa berikutan perkembangan terkini Brexit mampu jatuhkan pound ke paras yang lebih rendah.

Philip Hammond (Chancellor Exchequer UK) gagal menarik pembeli pound walaupun PM UK Theresa May berkata ‘penjimatan telah tamat’.

Ucapan belanjawan tahunan Hammond telah menimbulkan persoalan terhadap kekosongan yang akan ditinggalkan jika Brexit berakhir tanpa perjanjian.

Tanpa barisan data ekonomi utama di UK pada hari ini, para pelabur kekal berwaspada dengan momentum prosiding Brexit walaupun volatilti dijangka lebih tinggi selepas laporan GDP EU diterbitkan pada jam 6 petang.

Jika bacaan GDP yang dikeluarkan meleset akan menekan keinginan risiko pelabur dan menyebabkan pembelian dollar diteruskan pada hari ini, sekali gus menurunkan GBP/USD kepada harga yang lebih rendah.

Secara teknikal paras support terhampir kini berada sekitar 1.2775 (S1), 1.2740 (S2) dan 1.2700 (S3)

Paras resistance pula berada pada harga 1.2850 (R1), 1.2880 (R2) dan 1.2925 (R3)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: